Tuesday, December 9, 2008

Komputer - Fikir dahulu sebelum buang

Komputer - Fikir dahulu sebelum buang
Pelancaran kempen yang dijalankan oleh Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia dan Alam Flora itu diadakan di Lembah Klang. Kempen Kitar Semula Komputer Recycle PC baru-baru ini merupakan satu langkah yang amat penting dalam mendidik serta menolong orang ramai menyedari akan kepentingan pelupusan komputer mereka dengan cara yang betul.

Di samping menggalakkan kesedaran, kempen ini dapat juga mengelakkan sisa bahan-bahan toksik daripada alat-alat komputer daripada mencemarkan alam sekitar.Lebih-lebih lagi pada zaman inovasi pesat kini, komputer model-model baru sentiasa berubah dalam masa beberapa bulan sahaja.

Industri elektronik kini telah menjadi satu industri yang terbesar dan berkembang pesat dengan era globalisasi serta perkembangan ekonomi Internet. Era Internet telah mengurangkan penggunaan kertas, suatu yang positif kepada
Dengan adanya ini, komputer yang masih boleh digunakan dapat dibaikpulih dan diberikan kepada mereka yang memerlukan atau badan-badan amal sebagai sumbangan.
Jadi janganlah buang komputer anda atau simpan komputer lama di pelosok rumah atau pejabat anda. Berjuta-juta komputer akan terbiar dalam tempat simpanan atau dibuang ke tapak-tapak pelupusan sampah.

Pada hari ini, kebanyakan komputer lebi alam sekitar tetapi di masa yang sama ia telah meningkatkan penggunaan komputer. Penambahan bilangan komputer yang banyak dan menyebabkan komputer lama terpaksa dibuang boleh pula menyebabkan masalah alam sekitar yang lain.
h murah dibeli baru daripada dibaikpulih atau diguna semula, Ia juga dapat sedikit sebanyak menggurangkan masalah jurang digital serta menjayakan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Sehubungan itu, ``Fikir dahulu sebelum buang..!''

Monday, December 8, 2008

Rezeki dari komputer terbuang

KEJAYAAN yang dikecapi selepas melalui pelbagai cabaran dan kegagalan adalah lebih bermakna. Malah kepuasan yang dirasai hasil jerit perih dan kesabaran itu lebih manis dan berharga.

Namun, kegembiraan ini tidak akan diperoleh jika seseorang usahawan itu sekadar mempertaruhkan modal dan nasib semata-mata. Ilmu berkaitan perniagaan serta sentiasa menitikberatkan konsep serta urusniaga mengikut syariat Islam itu lebih bertahan lama sekali gus mendapat reda Allah.

Anak muda yang memiliki ijazah Kejuruteraan Mekanikal dari Warwick University, UK dan sarjana Teknologi Maklumat (IT) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut membawa kami melawat kilang yang terletak di Bukit Kemuning, Shah Alam, Selangor.

MEGA: Nampaknya saudara mula berkecimpung dalam dunia keusahawan pada usia muda. Boleh saudara ceritakan bagaimanakah semuanya bermula sehingga membawa kepada penubuhan SCT?

ABDUL HADDIS: Sebelum serius mengusahakan SCT, saya bersama seorang teman pernah membuka perniagaan menjual komputer baru iaitu pada 2001. Selepas itu, saya menjual pula komputer terpakai tetapi ia bertahan kira-kira setahun sahaja.

Saya akui persaingan yang dihadapi oleh peniaga kecil-kecilan seperti kami amat hebat. Lantas saya cuba beralih angin dengan menceburi dunia pendidikan sebagai pensyarah di Kolej Inpens memandangkan mempunyai latar belakang dalam bidang teknologi maklumat (IT). Sayangnya, ia bertahan antara dua hingga tiga tahun sahaja.

Kebetulan pada masa yang sama, saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak supaya kita berfikir di luar daripada kotak mencetuskan idea kepada saya supaya lebih berpandangan ke depan dan lebih kreatif.

Sekali lagi menyedari betapa perlunya kepada usaha mengitar semula komputer dan produk-produk elektronik yang semakin berkembang maju di negara ini, ditambah pula negara-negara maju amat memerlukan negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia di mana kos buruhnya masih murah.

Jadilah inilah bisnes yang berpotensi cerah dan belum ramai dimainkan oleh bumiputera. Berbekalkan pengetahuan dalam bidang IT, saya mengambil keputusan nekad ke Majlis Perbandaran Shah Alam dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri untuk mendapatkan lesen.

Akhirnya pada 2003, bermulalah SCT di tapak awal iaitu di belakang rumah di Kapar, Klang dan kemudian berpindah ke Kota Kemuning sebelum sekali lagi berpindah di tapak yang sedia ada sekarang.

Sekarang pun, rasa-rasanya perlu mencari tapak yang lebih luas lagi kerana di sini kami bukan sahaja menerima dan menguruskan bahan-bahan dari dalam negeri tetapi luar negeri seperti Jerman, Jepun, Singapura dan Amerika Syarikat.

Bagaimanakah operasi harian di Pusat Kitar Semula Komputer dan Elektronik?

ABDUL HADDIS: Sebagai sebuah syarikat kitar semula, kami menyediakan perkhidmatan atau kaedah paling mudah dan selamat untuk menghapuskan kelengkapan komputer sama ada yang sudah rosak atau tidak boleh digunakan lagi. Ia termasuk komputer lama, komputer riba dan pencetak.

Komputer-komputer yang dibeli ini akan melalui beberapa proses. Jika ia masih dalam keadaan baik, kami akan menjualnya sebagai barang terpakai.

Kami juga akan mengambil mana-mana bahagian dalam komputer tersebut yang masih elok sebagai alat ganti. Contohnya monitor komputer yang masih berkeadaan baik, kami akan bekalkan kepada kilang-kilang televisyen.

Sementara itu, bagi yang sudah rosak pula, kami akan kitar semula untuk mendapatkan bahan mentah seperti logam dan tembaga yang harganya mahal di pasaran.

Sehingga kini, boleh dikatakan tidak menang tangan dibuatnya kerana barang yang diimport juga berkontena jumlahnya. Ini tidak termasuk yang terdapat di tempat kita sendiri. Alhamdulillah dengan adanya lebih kurang 23 pekerja, kami dapat menyelesaikan tugasan dengan sebaik mungkin.

Perniagaan saudara jarang diusahakan bumiputera berbanding bangsa lain. Adakah faktor ini menjadi penyelamat atau masih ramai usahawan bumiputera yang tidak mengetahui akan potensinya?

ABDUL HADDIS: Syukur kepada Allah kerana saya menceburi satu bidang perniagaan yang kurang persaingan

Selain itu di SCT, kami menyelesaikan masalah IT secara total di mana kami membeli komputer-komputer dan produk elektronik sama ada yang lama ataupun sudah rosak.

Sekurang-kurangnya urus niaga ini membawa pulangan positif kepada semua pihak termasuk dalam usaha menjaga alam sekitar. Ini kerana apa yang dilakukan di SCT adalah secara yang betul dan tidak seperti yang digembar-gemburkan segelintir pihak di mana membangkitkan isu salah pengendalian.

Saya mempunyai beberapa agen (collector) yang akan mengumpulkan barangan-barangan terpakai ini sebelum dijual kepada kami. Di samping itu pihak Alam Flora juga menerusi kempen e-waste juga menghantarnya ke SCT.

Hakikatnya, Malaysia boleh menjadi ia sebagai industri kitar semula kerana banyak lagi yang boleh diterokai.

Selama empat tahun berkecimpung dalam perniagaan kitar semula, apa pandangan saudara tentang minat usahawan bumiputera serta masa depan perniagaan ini?

ABDUL HADDIS: Saya telah banyak kali melatih bumiputera tetapi sayangnya banyak juga yang mengaku kalah.

Berbeza dengan yang bukan bumiputera. Salah satunya dari segi etika perniagaan.

Urus niaga kitar semula memerlukan sifat amanah yang kental. Ini kerana kita berurusan dengan pengaliran wang tunai. Kadang-kadang saya hairan mengapa bangsa lain yang bukan Islam boleh berniaga seperti perniagaan dalam Islam sedangkan umat Islam itu sendiri tidak mengikut sebagaimana kehendak agama. Pun begitu, saya berkeyakinan umat Islam boleh berjaya. Insya-Allah.

Apakah perancangan saudara dalam perniagaan?

ABDUL HADDIS: Mungkin di masa hadapan saya akan lebih menumpukan kepada bahan lusuh dari luar negara kerana potensi di sana lebih besar. Apatah lagi berurusniaga dengan orang asing bagi saya lebih mudah kerana mereka tidak melihat kepada faktor perbezaan bangsa atau agama.

Pada masa yang sama saya juga sedang berusaha mencari tapak yang lebih besar dan kemudahan lebih lengkap

sumber:utusan malaysia 11.05.2007

Membantu pulihara alam

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

Sekiranya anda memiliki sebuah komputer lama yang sudah rosak mahupun tidak digunakan lagi, jangan biarkannya begitu sahaja. Kini, ada cara untuk mengitarnya semula.

KITAR semula komputer lama baik untuk alam sekitar.

MENGITAR semula sisa pembuangan sampah mahupun barangan terpakai perlu diamalkan dalam rutin kehidupan masyarakat kita hari ini. Walaupun ia sekadar kertas bersaiz kecil, tetapi nilai yang diperoleh begitu menguntungkan.

Melihat kepada kecanggihan teknologi dunia masa kini, siapa sangka, proses kitar semula bukan sahaja tertumpu pada barangan seperti tin aluminium, plastik, surat khabar lama, kabel, besi dan wayar. Kini, ia turut melibatkan peralatan elektronik seperti komputer meja.

Berkongsi kaedah mengitar semula perkakasan komputer ini dijalankan, Kosmo! mengunjungi syarikat kitar semula, Win Wins Recyling Trading Sdn. Bhd. di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Jika anda memiliki komputer lama yang sudah rosak mahupun tidak digunakan lagi, jangan biarkannya begitu sahaja. Ini akan menambahkan lagi bilangan sampah sarap di kediaman anda," katanya.

MENJUAL komputer terpakai memberi keuntungan kepada pemiliknya.

Menurutnya, komputer tersebut boleh dikitar semula dan usaha mengitar semula barangan ini akan memberi kepuasan kepada pemiliknya.

"Dengan cara ini juga, pemilik berpeluang menunaikan tanggungjawab yang telah disarankan oleh pihak kerajaan," ujarnya.

Inilah yang disarankan oleh seorang juruteknik pengkomputeran di syarikat tersebut, Chandra Sekaran.

Menurutnya, proses kitar semula yang melibatkan komputer terbuang ini bergantung kepada jenama, fungsi dan komponen yang terdapat di dalamnya.

"Sebelum sebuah komputer ditimbang beratnya, fungsinya akan diperiksa dahulu sebelum harga jualannya dapat diputuskan.

"Sekiranya komponen utama seperti alat pemproses (prosesor), litar integrasi (IC), papan induk, unit pemprosesan pusat (CPU) dan cakera keras pada komputer ini tidak berfungsi atau rosak sepenuhnya, kami akan mengumpul semua set perkakasan itu dan menjualnya kepada agen yang dilantik," katanya.

PROSES kitar semula perkakasan komputer bergantung kepada komponennya.

Beroperasi sebagai syarikat pengumpul barangan kitar semula, mereka turut mengenengahkan konsep pengasingan, pengumpulan dan pembungkusan mengikut jenis komponen ke dalam kotak, sebelum dijual semula kepada agen mengikut harga yang ditetapkan.

Menurut Chandran, setiap komputer yang diterima daripada pemilik akan dibeli pada harga antara RM8 hingga RM25 bagi setiap kilogram.

Katanya, jika keseluruhan komponen di dalamnya didapati rosak, mereka akan menjual terus kepada agen pada harga RM1.70 bagi setiap kilogram.

Berpengalaman selama sedekad dalam bidang perkomputeran, Chandran memberitahu, setiap perkakasan komputer seperti sarung monitor, kabel, wayar dan cip elektronik akan diklasifikasikan mengikut gred yang ditetapkan.

Katanya, gred satu dikategorikan mengikut barangan berat seperti wayar dan kabel elektrik, gred dua pula adalah perkakasan dapur seperti periuk dan kuali manakala gred tiga adalah barangan ringan seperti tin aluminium.

Berbeza di tempat lain, syarikat tersebut turut menawarkan pembelian komputer pada harga yang berpatutan.

"Selepas menukar semula alat gantiannya daripada komputer lama yang masih boleh diguna pakai, saya akan memprogram semula sistem komputer berkenaan sebelum dijual.

"Kami juga akan mengenal pasti fungsi komputer tersebut sebelum memeriksa semua komponen yang terdapat di dalamannya dengan lebih terperinci.

"Jika ia masih boleh berfungsi, kami akan memprogram semula sistem komputer ini sebelum menjualnya kepada orang ramai," jelasnya sambil memberitahu penjualan komputer terpakai itu dibuat mengikut tempahan daripada pembeli.

E. RAVITHERAN

Beliau berkata, kebanyakan pembeli terdiri daripada mereka yang kurang mampu dari segi kewangan dan datang dari keluarga yang ramai," katanya.

Menurutnya, setiap komputer yang siap dibaiki akan dijual pada harga serendah RM200 hingga RM300, bergantung pada sistem pemproses komputer.

Pengarah Urusan syarikat ini, Ravitheran Eanasegram pula berkata, usaha untuk membangkitkan kesedaran masyarakat berkaitan kepentingan kitar semula wajar dijadikan subjek utama.

"Sikap tidak ingin kitar semula inilah antara sebab utama mengapa kita dilanda masalah pembuangan sampah dan pencemaran. Sama ada ingin diterima atau tidak, sikap inilah yang hendak kita kikis dari hati rakyat Malaysia.

"Secara relevannya, semakin banyak sampah dibuang, semakin banyak ruang diperlukan," jelasnya.

Justeru, dengan penubuhan syarikat kitar semula tersebut, Ravi, berharap, ia dapat membantu membangun dan merancang persekitaran yang lebih selamat sekali gus dapat mengurangkan risiko pencemaran alam.

Katanya, pelaksanaan sistem mengitar semula perkakasan komputer di syarikat ini bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan tetapi mempunyai misi tersendiri.

"Kepuasan dalam menunaikan tanggungjawab yang disarankan memberi impak mendalam kepada kami sekali gus melahirkan sikap yang prihatin terhadap alam sekitar dan individu yang kurang mampu.

Justeru, katanya, hasil daripada komputer yang dibaiki ini akan disalurkan ke rumah kebajikan, kanak-kanak kurang bernasib baik dan ahli keluarga yang miskin.

Ternyata beliau berpuas hati dengan komitmen yang dilakukan selama ini.

Ravi berkata, konsep ini sedikit sebanyak dapat membangkitkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kitar semula barangan elektronik.

Perubahan positif kempen kitar semula

DALAM usaha menggalakkan program kitar semula dalam kalangan penduduk setempat, Suruhanjaya Alam Sekitar di bawah Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) membuktikan bahawa mereka mampu merealisasikan saranan tersebut.

Ini dapat dilihat melalui penubuhan Pusat Kitar Semula Kejiranan NCWO, di Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor.

Penubuhan ini memberi impak mendalam terhadap masyarakat sekitar tentang kepentingan amalan kitar semula.

Dipengerusikan oleh Datin Zaharah Alatas, NCWO mempunyai objektif tersendiri dalam membangkitkan kesedaran komuniti setempat terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Menurut seorang kakitangan NCWO, Nurina Raihan Goh Abdullah, 37, dengan adanya sistem pengumpulan sampah sarap ini, ia dapat memberi panduan kepada penduduk untuk mengitar semula barangan terbuang dari rumah masing-masing.

“Perubahan secara sedikit-sedikit dalam perlakuan harian boleh membawa perubahan lebih positif kepada generasi akan datang.

“Ia sekali gus mengikis semula mentaliti masyarakat yang selama ini kurang menitikberatkan hal yang melibatkan pemuliharaan alam sekitar,” ujarnya sambil menegaskan, secara tidak langsung, ia dapat memupuk semangat kejiranan antara kaum.

PROGRAM yang dilaksanakan ini memberi peluang kepada penduduk untuk mengitar semula barangan terbuang. - Gambar hiasan

Mariah Hussain, 36, berkata, menerusi program tersebut, penduduk digalakkan mengumpul barangan kitar semula seperti tin aluminium atau besi, surat khabar, komputer, kertas dan bekas-bekas plastik kepada wang ringgit pada setiap hari Sabtu, minggu ketiga, di pejabat berkenaan.

Katanya, hasil pungutan yang diperoleh dari agen pengumpulan kitar semula akan dimasukkan ke dalam tabung Suruhanjaya Kitar Semula dan digunakan untuk menganjurkan ceramah, aktiviti dan seminar berkaitan kepentingan kitar semula.

Mengulas cara pengagihan sampah sarap ini dilakukan, katanya, setiap barangan yang dikumpul pada setiap bulan akan dimasukkan ke dalam beg plastik mengikut jenis barangan yang diberikan penduduk.

“Kebiasaannya, mereka akan mengeringkan dan membersih dahulu sampah sarap sebelum dibawa ke pusat pengumpulan ini.

“Kemudian, beberapa sukarelawan akan menimbang dan merekodkan barangan yang telah dikumpul sebelum diambil oleh agen,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai pusat Kitar Semula Kejiranan NCWO, hubungi talian 03-7954 3008 atau anda boleh menghantar terus barangan kitar semula di alamat: Pejabat NCWO, No. 46, Jalan 14/29 Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor. Dibuka pada pukul 8 pagi hingga 4.30 petang (Isnin hingga Jumaat).

Komputer lama jadi server

Oke jadi gw punya komputer tua dengan spesifikasi: Pentium 4 1,7GHz, 256 SDRAM, NVidia GForce4MX, 80 GB HDD, 1 CD-RW, on-board soundcard, dan 4 port USB v1.0. Komputer ini gw setup sebagai komputer server pribadi, untuk melayani beberapa komputer dan sebuah notebook yang sama-sama lebih baru daripada komputer ini.

Di komputer lama ini gw install dua OS (system), yaitu Mandriva Linux 2006 Free Edition (Mandriva) dan Microsoft Windows XP Pro SP2 (WinXP Pro SP2). Sebenarnya pada awalnya hanya ada WinXP Pro SP2, karena gw pernah bekerja menggunakan komputer ini dan pekerjaan gw semua serba Windows. Mandriva baru di-install kira-kira satu tahun sebelum gw memutuskan untuk membeli komputer baru.

Sekedar informasi, sebenarnya WinXP Pro SP2 agak jarang dijalankan karena hampir semuanya sudah bisa dilakukan di Mandriva. WinXP Pro SP2 (masih) ada karena ada beberapa program yang hanya jalan di system Windows (oke, sebenarnya karena gw malas coba-coba dengan Wine :D), seperti FMA untuk ponsel, untuk membaca kamera digital, dsb.

Tidak ada kesedaran punca lambakan komputer lama

MEMANG menjadi sifat manusia, sentiasa inginkan barang baru untuk dilengkapkan tidak ketinggalan produk berasaskan komputer apalagi ia berubah mengikut perkembangan semasa dan gaya dunia.

Oleh Afiq Hanif
mafiq@hmetro.com.my


Apabila bercakap mengenai komputer, tidak ramai individu yang menghiraukan komponennya termasuk monitor dan unit pemprosesan pusat (CPU) apabila ia menjangkau usia tertentu menyebabkannya terus dibuang jika diganti dengan produk baru.


Sebaik memiliki model baru, pengguna hanya mencampakkan komputer lama ke dalam tong sampah depan rumah atau mengumpulkannya dalam ruang simpanan barang tanpa memikirkan berpuluh-puluh komponen yang boleh dikitar semula.

Kebanyakan rakyat Malaysia menukar komputer tiga hingga lima tahun. Jika terdapat satu komputer dalam satu keluarga seramai lima orang, jumlahnya ialah 5.4 juta!

Bayangkan jumlah itu dilonggok begitu saja di tempat pembuangan sampah? ia pasti merugikan apatah lagi masih terdapat komponen yang boleh dikeluarkan untuk digunakan sebaik mungkin.

Tambahan pula, pencemaran alam sekitar pasti berlaku kerana terdapat bahan toksik terkandung dalam komputer boleh meresap ke tanah sehingga mengganggu punca air yang diminum setiap hari jika tidak dikawal.

Tiub aliran katod dalam monitor memiliki toksid mengandungi plumbum, raksa dan kadmium (logam seperti timah yang lembut dan berwarna perak).

Di California, tiub diisytiharkan sebagai bahan berbahaya yang menjadikan pembuangannya menjadi lebih sukar kerana ia kini tidak lagi dibenarkan ditanam.

Sikap malas menjadi punca utama mengapa komputer tidak dikitar semula apatah lagi ganjaran yang terhasil apabila menukarkan komputer lama tidak menguntungkan.

Mentaliti seperti ini harus dikikis memandangkan sikap sebegini menyumbang sebahagian pembaziran bahan mentah yang menimbun setiap hari di pusat pelupusan sampah.

Jika diperhati dengan teliti, bahan terkandung pasti menghasilkan banyak barangan terpakai atau baru yang mempunyai nilai sekurang-kurangnya mengurangkan pencemaran alam berleluasa kini.

Contoh komponen yang boleh dikitar semula:


* Plumbum pada tiub sinar katod dan pateri

* Arsenik pada tiub sinar katod lama

* Selenium pada papan litar sebagai pembekal tenaga

* Perencat nyala polibrominan pada selongsong plastik, kabel dan papan litar

* Stibium trioksida

* Cadmium pada papan litar dan semikonduktor

* Kromium pada keluli sebagai pencegah hakisan

* Kobalt pada keluli bagi struktur dan kemagnetan dan raksa pada suis serta pembalut

Bahan seperti ini akan terbuang begitu saja malah mencemarkan alam sekitar dengan prosesnya menghasilkan sisa toksik berbahaya kepada nyawa manusia.

Sesungguhnya bahan berbahaya daripada pembuangan komputer berlaku melalui penyerapan logam berat ke dalam air bawah tanah dan pengeluaran asap yang beracun ke udara.

Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sejumlah 50 juta tan bahan komponen komputer dibuang setiap tahun.

Ia satu jumlah yang menakutkan apatah lagi pencemaran mampu menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser jika tidak ditangani dengan bijak oleh manusia.

Kajian juga menunjukkan sejumlah 300 juta PC bakal bertaburan menjadi bahan buangan menjelang 2010 akibat kekurangan ruang untuk melupuskan bahan pepejal itu.

Usaha dilakukan bukan tertumpu kepada individu saja, organisasi besar harus mengambil langkah proaktif mengitar semula komputer pada kuantiti banyak.

Enam tahun lalu, Hewlett Packard (HP) sendiri melaksanakan program kitar semula membabitkan produk PC dan elektronik lain yang mengandungi bahan kimia toksid di kilangnya, Roseville.

Program kitar semula HP satu daripada usaha untuk mengatasi berjuta produk elektronik yang tersimpan di gudang atau stor disebabkan tidak dapat dibuang begitu saja tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

HP akan mengenal pasti PC yang masih boleh dipakai dan kemudian dibaiki untuk dijual semula manakala PC tidak boleh dibaiki akan diambil alat gantinya sebelum ia dimusnahkan sepenuhnya.

Besi pada PC akan dihancurkan dan plastik dikecil termasuk debunya sekali akan dileburkan untuk menjadi tenaga. Setiap komponen PC akan dihantar ke bahagian yang dapat diguna semula bagi memastikan tiada yang akan ditanam.

Sementara itu, syarikat swasta juga tidak ketinggalan mewujudkan peluang kepada orang ramai untuk mengitar semula PC atau laptop mereka bagi diguna pakai golongan yang inginkan harga murah.

Antara syarikat bertanggungjawab mengitar semula PC dan komputer terpakai termasuk Apex Computer Services Sdn Bhd yang beroperasi sejak 2004.

Pengarah Urusannya, Hafiz Hashemi Johaini, berkata syarikatnya mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan agar kempen kitar semula berjaya selain menyelamatkan alam sekitar daripada tercemar.

“Produk komputer tidak seharusnya dibuang begitu saja, ia mampu diguna pakai untuk kegunaan orang yang memerlukan seperti golongan yang berpendapatan rendah,” katanya.

Menurutnya, golongan seperti pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan ibu bapa yang kurang mampu membelikan PC untuk anak mereka boleh manfaat hasil daripada barangan yang dianggap tidak berguna itu.

“Tak perlu buang. Apa salahnya jual saja untuk dikitar semula bagi manfaat lain, malah kita mampu mendapat hasil daripada komputer terpakai,” katanya.

“Perniagaan saya dapat membantu usaha kerajaan menerusi program kitar semula. Daripada komputer lama dan rosak dibuang dan dilupuskan begitu saja, lebih baik dijual. Kami akan baiki dan jual semula dengan harga murah,” katanya.

Katanya, komputer terpakai akan dibaik pulih dan jika ada komponen yang tidak boleh digunakan lagi akan dikitar semula untuk menjadi bahan berguna lain.

Tambahnya, pihak swasta seperti sektor perbankan contoh terbaik organisasi yang melupuskan komputer lama secara sistematik.

“Mereka (pihak bank) memberikan kerjasama baik dalam mengitar semula komputer terpakai. Kesedaran seperti itu perlu ditingkatkan,” kata Hafiz.

Monitor yang tidak mahu digunakan lagi pula boleh dijadikan diskaun untuk mendapatkan model baru di kedai Apex di Gombak, Shah Alam, Kajang dan Melaka.

“Kami menawarkan servis pelupusan, penjualan komputer serta laptop terpakai pada harga rendah dan membeli PC lama dengan harga berpatutan,” katanya yang juga mempunyai kilang pelupusan di Bukit Kemuning, Shah Alam.

Baru-baru ini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menimbang mewujudkan memberi insentif bagi mengatasi masalah sisa buangan elektronik atau e-waste melalui mekanisme yang dirangka.

Timbalan Menterinya, Datuk S Sothinathan, berkata soal pemberian insentif dibincangkan pada mesyuarat kementerian tiga bulan lalu bagi mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya mengatasi buangan elektronik yang memberi kesan buruk ke atas alam sekitar.

Menurutnya, telefon bimbit dan bateri terpakai, peralatan komputer serta bahan lain adalah buangan terjadual yang jika tidak dilupus dengan sempurna boleh mencemarkan alam sekitar, terutama kepada tanah dan sistem air bawah tanah.

Pada 2005, Alam Flora Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) melaksanakan kempen kitar semula.

Hasil sepanjang enam bulan itu menyaksikan sebanyak 1,424 barangan komputer yang terdiri daripada 443 monitor, 378 unit pemerosesan pusat (CPU), 555 pencetak dan 48 aksesori termasuk tetikus, papan kekunci dan cakera keras dikutip oleh 36 pusat kitar semula Alam Flora.

Kelebihan kitar semula komputer lama mampu mendatangkan hasil walaupun tidak lumayan, sekurang-kurangnya ia dapat membantu golongan lain lebih memerlukan.

Adakah kita mahu planet dan bumi Malaysia tercemar hanya kerana sikap tidak mengambil berat dan tak kisah terus menjadi musuh yang menyebabkan kehancuran diri kita sendiri?

Jangan Buang Komputer Lama Anda

Di negeri Paman Sam, tahun ini diperkirakan akan ada 30% konsumen yang akan mengganti komputer lamanya dengan yang baru. Alasannya teknologi komputasi kian maju, memori makin cepat, kapasitas penyimpnan makin besar, dan fitur-fitur lainnya yang menawan.

Pada 2007 diperkirakan terjual 70 Juta komputer di AS menambah banyak kepemilikan komputer sebanyak 80% dari seluruh penduduk AS. Dengan penambahan tersebut, sekitar 394 kilowatt/ per jam listrik dikonsumsi selama 2007 oleh seluruh komputer di AS dan sekitar 18 Juta ton gas karbon dioksida diterbangkan ke udara.

Thegreenguide.com, situs promosi gaya hidup ramah lingkungan mengkhawatirkan penambahan polusi dan pembengkakan pemakaian energi di AS pada 2008 ini. Sebuah anjuran pun disampaikan kepada konsumen sebelum memutuskan untuk membeli komputer baru. Tidak hanya berguna untuk warga AS, anjuran ini juga bisa dilakukan oleh seluruh penduduk dunia, berikut kutipannya.

Upgrade komputer tua sebelum membeli yang baru. Jika memungkinkan, upgrade-lah komputer lama Anda dengan software atau hardware baru. Keuntungannya, biaya yang dikeluarkan akan lebih sedikit daripada membeli seperangkat komputer baru. Biasanya komputer desktop lebih mudah di-upgrade daripada komputer laptop. Upgrade juga sebaiknya bervisi ramah lingkungan. Misalnya mengganti harddrive atau prosesor yang megonsumsi lebih banyak listrik.

Membeli komputer yang mudah di-upgrade. Jika akhirnya harus membeli komputer baru karena komputer lama tidak bisa di-upgrade, pilihlah komputer yang mudah di-upgrade. Caranya, tanya ke penjual apakah mainboard, memory, prosesor, sound card bisa di-upgrade?

Hindari fitur flash dan audio jika tidak dibutuhkan. Tidak semua orang membutuhkan hiburan menonton animasi flash atau audio. Ada juga yang membutuhkan komputer hanya untuk mengetik dan membuat perhitungan akuntansi. Jika Anda termasuk yang seperti itu, belilah komputer dengan spesifikasi perkantoran tanpa fitur multimedia. Karena, fitur multimedia cenderung menyerap energi listrik lebih banyak.

Hindari komputer baru dengan kemasan yang tak dapat didaur ulang. Untuk Indonesia tampaknya ini masih sulit karena kebanyakan kemasan bawaan elektronik baru dilengkapi dengan stereofoam dan bahan yang tidak bisa didaur ulang.

Penggunaan yang Efisien

Jika tidak digunakan, matikan komputer. Di AS, diperkirakan sekitar 20% komputer tidak digunakan masih menyala di waktu malam dan akhir minggu.

Environmental Protection Agency (EPA), lembaga nirlaba lingkungan di AS menyarankan komputer diposisikan standby atau sleep setelah 30 hingga 60 menit tak aktif. Untuk lebih irit, posisikan sleep setelah 5 hingga 20 menit tidak aktif.

Donasikan ke sekolah atau komunitas sekitar. Produsen komputer kelas dunia biasanya menyediakan program tukar tambah (takeback) untuk komputer lama jika konsumen membeli yang baru. Jika produsen komputer yang Anda beli tidak menyediakan program tersebut, jangan buang sembarangan, ada beberapa cara yang memungkinkan komputer lama Anda tetap berguna dan tidak menambah banyak sampah elektronik.Untuk kita mungkin tidak berguna, tapi bagi sekolah atau komunitas tertentu pemberian komputer akan sangat berarti.

linux toys

Assallamualaikum,
Here are dozens of good reasons why you should learn Linux ! :wink:

Recently beli buku ini -

released on September 2003 - darn I was late! Harga RM87.80.

Buku ni adalah kompilasi 13 cool projects menggunakan hardware lama ++ untuk home, office dan entertainment.

Sini saya senaraikan :-
Each with a complete materials list and detailed, illustrated instructions


Music jukebox
Home video archive
Television recorder/player
Arcade game player
Home network server
Home broadcast center
Temperature monitor
Telephone answering center
Mini ISP
Web-hosting service
DogHouse Linux with BSD games
Toy car controller
Digital picture frame


Memang sangat praktikal ditulis oleh Christopher Negus the acclaimed writer of RedHat Bible(can't comment much since I don't have that book) - no wonder this book based on RH smile.gif

Memang best - sampaikan saya pun terfikir nak setkan satu forum baru for OSS Toys or Projek PC Lama .
Ada banyak benda boleh kita buat dengan PC lama nih.. the list goes on (wireless , webcam ,CCTV etc etc) kalau anda reader of Linux Journal a lot of such things di tulis every months. Terbaca comment one of the reader cakap Linux Journal unlike other computer mags yang "make you buy things" but LJ "make you try things". Memang saya sangat setuju.

Penulis buku ni plan nak setup laman web www.linuxtoys.net untuk compile such projects tapi saya tengok still in progress lagi takde link except for gambar depan cover buku ni.

Satu lagi good website anda boleh check :-
www.brianlane.com
Boleh order Digitemp sensor dari dia.

Pemuda berjaya dalam Program Kitar Semula Komputer

BERITA TERKINI
Harian Metro(5hb Oktober 2008)
- Hafiz Usahawan Komputer
Kitar Semula
- Hasil Aksesori Jenama Apex

Harian Metro(5hb Oktober 2008) - Hafiz Usahawan Komputer Kitar Semula
Ikuti Temuramah Ekslusif Wartawan Harian Metro bersama Pengarah Urusan Apex Technology, En Hafiz Hashemi Bin Johaini.
LINK WEBSITE : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Ekspresi/20081005101549/Article/indexv_html


“KEHIDUPAN di kampus mendedahkan saya kepada satu keperluan, iaitu komputer. Ramai pelajar perlukan komputer tetapi mereka tidak mampu memilikinya kerana terlalu mahal,” kata pemilik syarikat komputer kitar semula, Apex Technology, Hafiz Hashemi Johaini.

Siapa sangka, bermula daripada kesukaran membeli set komputer di universiti memberi idea kepada anak muda berusia 27 tahun ini meneroka bisnes ‘komputer mampu milik’ hingga kini beliau mempunyai rangkaian lima kedai komputer di serata tanah air, tiga unit kedai bergerak di universiti awam utama di sekitar Lembah Klang, sebuah kilang dan menggaji lebih 20 pekerja.
Mengimbas pengalamannya sewaktu belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hafiz, ketika itu masih menuntut di tahun akhir, memulakan ‘perniagaannya’ dengan menampal iklan menjual komputer pada harga mampu milik kepada pelajar UiTM di kolej kediaman dan pusat pengajian. Set komputer pertama yang dijual hanya berharga RM400.

Usaha itu ternyata berbaloi selepas menjual set komputer terpakai dan mencapai pendapatan RM2,000 sebulan walaupun ketika itu masih bergelar pelajar universiti. Jualan set komputer itu tersemai di benak Hafiz hingga beliau bertekad membangunkan perusahaan itu sebagai kerjaya.

Hafiz berkata, perniagaan secara kecil-kecilan itu sebenarnya lebih didorong daripada sikap tidak terlalu bergantung pada ibu bapa untuk menampung perbelanjaan di UiTM.

“Saya tidak dapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Jadi saya kena cari jalan bagaimana hendak dapatkan wang bagi menampung kos sara hidup.

“Waktu itu, walaupun masih belajar, saya perlukan belanja antara RM400 hingga RM500 sebulan untuk buat projek, beli buku, makan minum, sewa rumah dan pelbagai belanja lain,” katanya yang bertekad untuk tidak membebankan keluarga walaupun bapanya pegawai bank.

Bagi Hafiz, bapanya masih perlu menanggung perbelanjaan hidup ibu dan empat adiknya di Taman Keramat.

Sebaik tamat pengajian dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran (Pengangkutan), Hafiz tidak terburu-buru mengusahakan perniagaan sendiri. Sebaliknya beliau menimba ilmu dalam bidang jualan komputer dengan bekerja di sebuah syarikat milik bukan Bumiputera selama setahun.

Pada 2004, Hafiz memberanikan dirinya menubuhkan Apex Technology yang memanfaatkan komputer terpakai yang dibaik pulih untuk dijual semula.

Pada pertengahan 2005, Hafiz bertemu seorang rakan di Kedah yang membuka matanya terhadap kewujudan peluang menjadi usahawan iaitu melalui Skim Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (Prosper) yang dianjurkan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB).

Walaupun baru bermula dalam perniagaan komputer terpakai, Hafiz bercita-cita besar dan berhasrat memajukan perniagaan yang berkembang pesat berikutan permintaan tinggi di kalangan pengguna komputer, terutama pelajar.

Beliau berkata, PUNB memberi pinjaman bernilai RM175,000 untuk dia membeli lebih banyak skrap komputer daripada syarikat dan bank sebelum diambil komponen yang boleh diguna pakai semula.

Menurutnya, beliau mendapat sokongan padu daripada PUNB melalui beberapa kursus serta bimbingan dan khidmat nasihat, selain berbekalkan pengalaman sedia ada.

Bagi memastikan harga ditawarkannya kompetitif, Hafiz berkata, beliau perlu memastikan harga yang ditawarkan paling murah seperti set komputer semurah RM199 yang dilengkapi perisian Words, Excel, Powerpoint, pemacu CD dan melayari Internet.

Katanya, golongan sasaran seperti pelajar dan keluarga yang berpendapatan RM1,500 ke bawah menjadikan harga set komputer yang ditawarkan perlu mampu milik.

Untuk itu, beliau memerlukan stok komputer terpakai yang besar dan perlu bekerjasama rapat dengan pengusaha barangan lusuh dan pembeli peralatan serta komponen komputer terpakai yang didominasi peniaga bukan Bumiputera.

Menurutnya, pergaulan dan perniagaan dengan masyarakat Cina yang menguasai bisnes komputer dan barangan skrap yang banyak dijalankan oleh kaum India memberi pendedahan dalam perniagaan berkaitan.

Mengupas cabaran dihadapinya dalam membangunkan Apex Technology, Hafiz kesal di atas sikap usahawan Melayu yang tidak cekal, menyebabkan banyak perniagaan berkubur begitu saja selepas gagal dalam beberapa cubaan.

Beliau yang terbabit dalam usaha melahirkan usahawan muda daripada kalangan graduan mendapati hanya dua daripada 10 peserta berjaya meneruskan perniagaan lantaran sikap negatif itu.

“Mentaliti graduan muda kita, asal ada sijil saja ingat sudah boleh berniaga, sedangkan bisnes adalah satu tanggungjawab yang memerlukan disiplin, kecekalan dan komitmen.

“Bisnes rugi sekalipun kena teruskan kerana ia mengajar kita cara berniaga yang betul. Tidak ramai orang kita dalam perniagaan komputer, tetapi peluang yang ada masih terbuka luas untuk kita,” katanya.

Ditanya mengapa beliau masih membujang walaupun berusia lewat 20-an, anak sulung lima beradik itu berkata, beliau mahu berjaya dulu dalam perniagaan sebelum memikirkan soal rumah tangga.

Malah, keluarganya tidak pernah membangkitkan soal perkahwinan kerana mereka memahami kesibukan dan dan cita-citanya dalam dunia perniagaan komputer.

PROFIL
NAMA: Hafiz Hashemi Johaini
UMUR: 27 tahun
ASAL: Taman Keramat, Kuala Lumpur
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Pentadbiran (Pengangkutan) UiTM
JAWATAN: Pengarah Urusan Apex Technology
STATUS: Bujang

KEMPEN KITAR SEMULA MONITOR PC/TV

Sebelum tuh millions of thanks o K.Lady & K.Sya diatas berkumadangnya lagu adindaku di laman blog den nie (utk mereka2 yg TAK PEKAK PC ajer..he..he.he..)

Since takde berita SYOK nak dilapurkan..den masukkan cerita yg buleh katakan BORING jugak..pasal satu kempen ditempat keje den. Kilang den sedang menjalankan kempen KITAR SEMULA monitor2 terpakai iaitu PC monitor & TV monitor. Of course we all beli bukannya PC or TV monitor yg baik...sbb tujuannya adalah utk GUNA SEMULA kaca2 dari monitor2 itew. Gini ler lebih kurang rege pembelian monitor2 terpakai nie (COD yek):

Bawah 18" = RM10 each
18" Keatas = RM15 each

Selalunya kaca2 terpakai nie (kat sini kami panggil CULLET) diimport utk kegunaan kilang tapi disebabkan CULLET2 ini telah diiktiraf sebagai Bahan Buangan Terjadual (atau org kampung panggil TOXIC WASTE) maka importation across countries jadi International Environmental Issues - banyak undang2 yg jadi penghalang. Maka untuk mendapat kebenaran serta sokongan kerajaan..kami kena tunjukkan usaha utk mendapatkan CULLET2 ini didalam negeri terlebih dahulu. Disamping LOOK GOOD as a company yg doing RECYCLING activities for this kind of WASTE.

Maka kempen nie telah pun dilancarkan minggu lepas. Gambar dibawah merupakan LAKONAN sempena pelancaran kempen tersebut. ..


Lawak tak gambar nie...MOCK CHEQUE tuh buleh dipegang terbalik ler pulak. Gambar den tgh pegang monitor (paling kanan) tapi cuma nampak bucu monitor jerk..he.he.he..

So ada sesapa nak jual monitor terpakai??? he..he.he..

TIPS UNTUK KITAR SEMULA DI PEJABAT ANDA - GO GREEN GO RECYCLE

# Gunakan cawan untuk minum. Ini boleh menjimatkan kegunaan bekas minuman kertas atau Styrofoam.
# Padamkan lampu jika anda tidak akan berada di tempat anda untuk lebih dari 15 minit. Padamkan komputer anda jika anda tiada di tempat anda untuk lebig dari satu jam.
# Gunakan e-mail untuk manghantar memo atau notis.
# Gunakan mentol yang berkuasa rendah. Ini akan menjimatkan kegunaan tenaga bagi syarikat anda.
# Belilah/gunakan pen yang boleh diisi semula.
# Selain daripada membeli kartrij/toner baru untuk mesin pencetak dan mesin fotokopi, adalah digalakkan mengambilkartrij/toner lama itu dan mengisinya kembali.
# Berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik lutsinar/transparensi untuk apa-apa persembahan. Pengunaan komputer samada komputer peribadi mahupun laptop dan projektor adalah lebih baik.
# Simpan senarai penghantaran sekerap yang boleh. Ini dapat membantu mengurangkan surat yang tidak dihantar yang mana banyak menggunakan kertas melebihi jumlah yang sepatutnya.
# Edarkan dokumen/memo kepada orang ramai daripada mencetaknya untuk setiap orang. Gunakan kedua-dua belah bahagian kertas untuk mencetak.
# Selain daripada mencetak laporan anda, anda boleh juga menyimpan data-data laporan anda di dalam komputer; juga di dalam cakera padat ataupun disket. Ini amat menjimatkan terutamanya bila anda membayangkan kemungkinan sesetengah bahagian laporan anda langsung tidak di baca.
# Peruntukkan satu hari dan arahkan semua pekeja untuk membuang semua barang-barang yang tidak digunakan lagi. Kumpulkan barang-barang buangan yang difikirkan masih boleh di kitar semula.
# Jika anda bercadang untuk mengubahsuai pejabat anda ataupun berpindah pejabat, usahakan supaya digunakan tandas yang mempunyai 2 pilihan pengepam. Ini dapat menjimatkan penggunaan air.
# Jika pejabat anda mempunyai sistem penghawa dingin berpusat, usahakan agar ia ditutup apabila didapati sebahagian daripada pekerja-pekerja tidak berada dalam pejabat. Ini juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga eletrik
# Optimumkan penggunaan pencetak bagi kepala surat untuk mengelakkan penghasilan bahan-bahan yang tidak dapat digunakan lagi.
# Wujudkan sistem fail berpusat untuk mengurangkan salinan yang banyak - ini bukan sahaja dapat menjimatkan kertas malahan ruang pejabat juga.
# Gunakan papan putih yang boleh dipadam atau papan buletin di ruangan komunikasi untuk kegunaan berkomunikasi di pejabat.
# Kitar Semula kotak kadbod yang digunakan dalam penghantaran barang atau aturkan supaya pembekal menggunakannya semula.
# Untuk jamuan-jamuan, gunakan barang-barang yang boleh dibersihkan dan digunakan semula.
# Gunakan tin minuman aluminium sebagai ganti kepada gelas plastik atau kertas. Tin aluminium boleh dikitar semula manakala gelas kertas daripada mesin penjual air selalunya mengandungi lapisan lilin supaya kalis air dan tidak dapat di kitar semula.
# Galakkan pekerja untuk meningkatkan jumlah kertas yang di kitar semula di tempat kerja dengan melupuskan fail-fail lama.
# Gunakan disket hanya untuk memindahkan fail fail kecil atau untuk penyimpanan semntara fail. Simpan semua fail utama dalam “server” dan gunakan kata laluan untuk fail-fail rasmi dan sulit.
# Jika syarikat anda bercadang untuk menaiktaraf keupayaan komputer di pejabat, jangan buang komputer anda. Dermakan kepada yang sesiapa yang dapat menggunakan komputer ini.
# Tahukah anda kekacang politerina yang digunakan untuk membungkus barang-barang ketika berpindah? Simpan ia di satu tempat dan guna semula bila diperlukan kerana ia susah untuk dikitar semula. Jika anda kekurangan ruang simpanan, cuba gunakan bahan ini yang dari jenis yang mudah larut dalam air.
# Jika anda menggunakan banyak pita video di pejabat anda, cuba gunakannya semula. Ini bukan sahaja menjimatkan wang tetapi dapat juga menjimatkan ruang pejabat anda.
# Terdapat banyak laptop yang menggunakan bateri Nickel Metal Hydride atau Litium-Ion, yang mana boleh di kitar semula. Anda mungkin perlu membuat sedikit kajian mengenainya, tetapi ia adalah bahan yang boleh dikitar semula dan ini akan mewujudkan persekitaran yag lebih baik.

Kenapa perlu kitar semula komputer?

Kenapa perlu kitar semula komputer?

PELANCARAN Kempen Kitar Semula Komputer Recycle PC baru-baru ini merupakan satu langkah yang amat penting dalam mendidik serta menolong orang ramai menyedari akan kepentingan pelupusan komputer mereka dengan cara yang betul.

Kempen yang dijalankan oleh Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) dan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) itu diadakan di Lembah Klang, selama enam bulan.

Di samping menggalakkan kesedaran, kempen ini dapat juga mengelakkan sisa bahan-bahan toksik daripada alat-alat komputer daripada mencemarkan alam sekitar.

Lebih-lebih lagi pada zaman inovasi pesat kini, komputer model-model baru sentiasa berubah dalam masa beberapa bulan sahaja.

Industri elektronik kini telah menjadi satu industri yang terbesar dan berkembang pesat dengan era globalisasi serta perkembangan ekonomi Internet.

Era Internet telah mengurangkan penggunaan kertas, suatu yang positif kepada alam sekitar tetapi di masa yang sama ia telah meningkatkan penggunaan komputer.

Penambahan bilangan komputer yang banyak dan menyebabkan komputer lama terpaksa dibuang boleh pula menyebabkan masalah alam sekitar yang lain.

Dengan kempen terbaru Pikom dan AFSB ini, orang ramai telah menjadi lebih senang untuk mengitar semula komputer-komputer mereka.

Dengan adanya kempen ini, komputer yang masih boleh digunakan dapat dibaikpulih dan diberikan kepada mereka yang memerlukan atau badan-badan amal sebagai sumbangan.

Jadi janganlah buang komputer anda atau simpan komputer lama di pelosok rumah atau pejabat anda.

Anda hanya perlu menghantar komputer anda ke mana-mana pusat kitar semula Alam Flora untuk dikitar semula demi kebaikan semua serta menjaga alam sekitar kita supaya sentiasa bersih dan hijau.

Komputer telah banyak menyumbang kepada kebaikan dalam kemajuan masyarakat moden kini tetapi jika pembuangannya tidak diuruskan dengan betul.

Berjuta-juta komputer akan terbiar dalam tempat simpanan atau dibuang ke tapak-tapak pelupusan sampah.

Pada hari ini, kebanyakan komputer lebih murah dibeli baru daripada dibaikpulih atau diguna semula tetapi kesan kepada masyarakat adalah besar di mana Kempen Recycle PC ini dapat membantu keluarga yang berpendapatan rendah atau mereka yang tidak mampu.

Ia juga dapat sedikit sebanyak menggurangkan masalah jurang digital serta menjayakan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Sekolah-sekolah, badan-badan amal serta masyarakat umum akan dapat kebaikan daripada kempen ini.

Sehubungan itu, ``Fikir dahulu sebelum buang..!''

Kitar Semula Komputer

Kitar semula komputer adalah satu laman blog yang mana akan menerangkan bagaimana komputer-komputer lama dapatt digunakan semula didalam teknologi komputer diabad ini.Kitar semula komputer akan menerangkan teknik-teknik khas yang membolehkan komputer-komputer lama digunakan semula tanpa membuangnya.Memandangkan harga komputer terlalu mahal amat sayanglah jika ianya dibuang.Jadi saya ingin dapat kerja sama dari pembaca jikalau pembaca ada mempunyai teknik yang lain yang boleh digunakan untuk kitar semula komputer.