Tuesday, December 9, 2008

Komputer - Fikir dahulu sebelum buang

Komputer - Fikir dahulu sebelum buang
Pelancaran kempen yang dijalankan oleh Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia dan Alam Flora itu diadakan di Lembah Klang. Kempen Kitar Semula Komputer Recycle PC baru-baru ini merupakan satu langkah yang amat penting dalam mendidik serta menolong orang ramai menyedari akan kepentingan pelupusan komputer mereka dengan cara yang betul.

Di samping menggalakkan kesedaran, kempen ini dapat juga mengelakkan sisa bahan-bahan toksik daripada alat-alat komputer daripada mencemarkan alam sekitar.Lebih-lebih lagi pada zaman inovasi pesat kini, komputer model-model baru sentiasa berubah dalam masa beberapa bulan sahaja.

Industri elektronik kini telah menjadi satu industri yang terbesar dan berkembang pesat dengan era globalisasi serta perkembangan ekonomi Internet. Era Internet telah mengurangkan penggunaan kertas, suatu yang positif kepada
Dengan adanya ini, komputer yang masih boleh digunakan dapat dibaikpulih dan diberikan kepada mereka yang memerlukan atau badan-badan amal sebagai sumbangan.
Jadi janganlah buang komputer anda atau simpan komputer lama di pelosok rumah atau pejabat anda. Berjuta-juta komputer akan terbiar dalam tempat simpanan atau dibuang ke tapak-tapak pelupusan sampah.

Pada hari ini, kebanyakan komputer lebi alam sekitar tetapi di masa yang sama ia telah meningkatkan penggunaan komputer. Penambahan bilangan komputer yang banyak dan menyebabkan komputer lama terpaksa dibuang boleh pula menyebabkan masalah alam sekitar yang lain.
h murah dibeli baru daripada dibaikpulih atau diguna semula, Ia juga dapat sedikit sebanyak menggurangkan masalah jurang digital serta menjayakan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Sehubungan itu, ``Fikir dahulu sebelum buang..!''

1 comment:

CPU LAMA said...

membeli cpu lama dan rosak dengan harga yg menarik...