Monday, December 8, 2008

TIPS UNTUK KITAR SEMULA DI PEJABAT ANDA - GO GREEN GO RECYCLE

# Gunakan cawan untuk minum. Ini boleh menjimatkan kegunaan bekas minuman kertas atau Styrofoam.
# Padamkan lampu jika anda tidak akan berada di tempat anda untuk lebih dari 15 minit. Padamkan komputer anda jika anda tiada di tempat anda untuk lebig dari satu jam.
# Gunakan e-mail untuk manghantar memo atau notis.
# Gunakan mentol yang berkuasa rendah. Ini akan menjimatkan kegunaan tenaga bagi syarikat anda.
# Belilah/gunakan pen yang boleh diisi semula.
# Selain daripada membeli kartrij/toner baru untuk mesin pencetak dan mesin fotokopi, adalah digalakkan mengambilkartrij/toner lama itu dan mengisinya kembali.
# Berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik lutsinar/transparensi untuk apa-apa persembahan. Pengunaan komputer samada komputer peribadi mahupun laptop dan projektor adalah lebih baik.
# Simpan senarai penghantaran sekerap yang boleh. Ini dapat membantu mengurangkan surat yang tidak dihantar yang mana banyak menggunakan kertas melebihi jumlah yang sepatutnya.
# Edarkan dokumen/memo kepada orang ramai daripada mencetaknya untuk setiap orang. Gunakan kedua-dua belah bahagian kertas untuk mencetak.
# Selain daripada mencetak laporan anda, anda boleh juga menyimpan data-data laporan anda di dalam komputer; juga di dalam cakera padat ataupun disket. Ini amat menjimatkan terutamanya bila anda membayangkan kemungkinan sesetengah bahagian laporan anda langsung tidak di baca.
# Peruntukkan satu hari dan arahkan semua pekeja untuk membuang semua barang-barang yang tidak digunakan lagi. Kumpulkan barang-barang buangan yang difikirkan masih boleh di kitar semula.
# Jika anda bercadang untuk mengubahsuai pejabat anda ataupun berpindah pejabat, usahakan supaya digunakan tandas yang mempunyai 2 pilihan pengepam. Ini dapat menjimatkan penggunaan air.
# Jika pejabat anda mempunyai sistem penghawa dingin berpusat, usahakan agar ia ditutup apabila didapati sebahagian daripada pekerja-pekerja tidak berada dalam pejabat. Ini juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga eletrik
# Optimumkan penggunaan pencetak bagi kepala surat untuk mengelakkan penghasilan bahan-bahan yang tidak dapat digunakan lagi.
# Wujudkan sistem fail berpusat untuk mengurangkan salinan yang banyak - ini bukan sahaja dapat menjimatkan kertas malahan ruang pejabat juga.
# Gunakan papan putih yang boleh dipadam atau papan buletin di ruangan komunikasi untuk kegunaan berkomunikasi di pejabat.
# Kitar Semula kotak kadbod yang digunakan dalam penghantaran barang atau aturkan supaya pembekal menggunakannya semula.
# Untuk jamuan-jamuan, gunakan barang-barang yang boleh dibersihkan dan digunakan semula.
# Gunakan tin minuman aluminium sebagai ganti kepada gelas plastik atau kertas. Tin aluminium boleh dikitar semula manakala gelas kertas daripada mesin penjual air selalunya mengandungi lapisan lilin supaya kalis air dan tidak dapat di kitar semula.
# Galakkan pekerja untuk meningkatkan jumlah kertas yang di kitar semula di tempat kerja dengan melupuskan fail-fail lama.
# Gunakan disket hanya untuk memindahkan fail fail kecil atau untuk penyimpanan semntara fail. Simpan semua fail utama dalam “server” dan gunakan kata laluan untuk fail-fail rasmi dan sulit.
# Jika syarikat anda bercadang untuk menaiktaraf keupayaan komputer di pejabat, jangan buang komputer anda. Dermakan kepada yang sesiapa yang dapat menggunakan komputer ini.
# Tahukah anda kekacang politerina yang digunakan untuk membungkus barang-barang ketika berpindah? Simpan ia di satu tempat dan guna semula bila diperlukan kerana ia susah untuk dikitar semula. Jika anda kekurangan ruang simpanan, cuba gunakan bahan ini yang dari jenis yang mudah larut dalam air.
# Jika anda menggunakan banyak pita video di pejabat anda, cuba gunakannya semula. Ini bukan sahaja menjimatkan wang tetapi dapat juga menjimatkan ruang pejabat anda.
# Terdapat banyak laptop yang menggunakan bateri Nickel Metal Hydride atau Litium-Ion, yang mana boleh di kitar semula. Anda mungkin perlu membuat sedikit kajian mengenainya, tetapi ia adalah bahan yang boleh dikitar semula dan ini akan mewujudkan persekitaran yag lebih baik.

No comments: